Friday, February 5, 2010
rintihan hatiku di senja hari
Sahabat baikku, kiah...tak lama lg dia nak fly, maka tinggallah aku di sini..mampukah aku untuk terus berada di sini tanpa kiah di sisi?bagaimana akan ku lalui hari2 yg akan datang?dan kiah....macam mn dia nak menjalani hidupnya tanpa aku, mampukah dia melalui hari2 tanpa aku yg setia menemani?saat dia memerlukan aku,aku semestinya tidak mampu untuk ke sana...dan saat aku memerlukannya?
kadang2 kite bukan sahaja memerlukan kata2 penguat semangat, tetapi kehadiran insan di sisi yg dapat memberikan kekuatan & semangat...
DI MANA KITA
DI MANA KITA?
Di depan,
Ada lambaian masa hadapan,
Membuka ruang menempati kegemilangan,
Melaut kesenangan menanti kejayaan.
Bercurah nikmat tiada tertampan.
Di belakang,
Mereka mengasak dengan sokongan,
Bercampur baur semangat dan dorongan,
Bergolok gadai segala simpanan,
Menadah tangan memanjatkan keberkatan.
Di sisi,
Berteman insan rakan seperjuangan,
Bertambah ilmu juga buah fikiran,
Membuang hasad mengabdikan pengorbanan,
Menguntai ikatan memuliakan pertalian
Di bawah,
Tanah merdeka bumi keamanan,
Menapak melangkah mengerling hala tujuan,
Bangkit dan sujud mendekati Ar-Rahman,
Merendah diri mencari keinsafan.
Di atas,
Diri mendongak mengukir senyuman,
Menghela redha berhias kemenangan,
Melipat ganda dapatan juga keuntungan,
Mencipta sejarah beralaskan pengalaman.
Di tengah,
Terus berputar menghitung bebanan,
Meneliti pecahan mengimpikan keadilan,
Menepis dugaan bergurukan keimanan,
Berpasakkan pegangan meneruskan sebuah perjalanan.
Nukilanku,
Nor Siti Rokiah Abdul Razak,
19 November 2009
Tuesday, February 2, 2010
jika kamu menadah air...biarlah berpada.
jangan terlalu mengharap pada takungannnya
dan janganlah menganggap ianya begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak,
pasti sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang.
sedangkan jika kamu membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadaanya,
jgnlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah kamu mengagapnya terlalu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Gurindam Jiwa
( L )
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga