Wednesday, April 21, 2010

Tentang Seseorang

Lagu: Tentang Seseorang
Artis: Anda

Teruntukmu Hatiku
Ingin ku Bersuara
Merangkai Semua Tanya
Imaji Yang Terlintas
Berjalan Pada Satu Tanya Slalu Menggangguku
Seseorang Itukah Dirimu Kasih
Kepada Yang Tercinta Inginku Mengeluh
Semua Resah Di Diri Mencari Jawab Pasti
Akankah Seseorang Yang Diinginkan Kan Hadir
Raut Halus Menyelimuti Jantungku

Reff Anda :

Cinta Hanyalah Cinta
Hidup dan Mati Untukmu
Mungkinkah Semua Tanya Kau Yang Jawab
dan Tentang Seseorang itu Pula Dirimu
ku Bersumpah Akan Mencinta


Tuesday, March 16, 2010

Air Laut vs. Air Tawar


Mr. Jacques Yves Costeau merupakan seorang Oceanografi (ahli lautan) dan ahli selam terkemuka Perancis. Beliau telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia, malah turut menghasilkan filem dokumentari tentang keindahan di dasar laut untuk tontonan jutaan manuis di seluruh dunia.

Ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan tidak bercampur dengan air masin di sekelilingnya. Fnomena ini seolah-olah ada dinding yang membatasi kedua-duanya. Keganjilan ini memberikan kekaguman yang tinggi kepada beliau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah lautan berkenaan.

Suatu hari beliau bertemu dengan seorang professor muslim lantas menceritakan fenomena ganjil itu. Professor teringat kepada satu ayat al-Quran tentang penemuan dengan dua lautan dalam surah ar-Rahman ayat 19-20 yang bermaksud “dibiarkan-Nya mengalir dua lautan, lalu kedua-duanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui.”

Professor tersebut menjelaskan bahawa fenomena tersebut telah pun dijelaskan dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segardan yang lain masin lagi pahit; dan dijadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi” (al-Furqan; 53).

Mr. Jacques Yves Costeau terpesona mendengar ayat al-Quran tersebut melebihi kekagumannya melihat keajaiban permandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Beliau berpendapat bahawa mustahil al-Quran disusun oleh Nabi Muhammad, di abad ke-7 iaitu di suatu zaman di mana belum ada peralatan selamyang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar satu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abd ke-20. Mr. Jacques Yves Costeau pun berkata bahawa al-Quran memang benar-benar kitab suciyang berisi firman Allah SWT, yang seluruh kandungannyamutlak belaka. Akhirnya beliau pun memeluk Islam, mendapat hidayah melalui fenomena lautan. Maha Benar Allah Yang Maha Agung.

Wednesday, March 10, 2010

Hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia


Isi buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah yang berwarna. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dihafal dengan mudah.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan idividu.

Jutaan terima kasih buat Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid serta sesiapa sahaja yang terlibat menghasilkan buku ini, INDAH NYA HIDUP BERSYARIAT, modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat..

Saturday, February 20, 2010


Setiap insan tidak terlepas daripada menghadapi dugaan...apabila satu dugaan itu dapat diatasi, dugaan yang lain pula datang. Ya...selagi kita hidup, selagi itu dugaan akan ada..yang penting sekarang bagaimana untuk kita menghadapinya. Dapatkah kita menyelesaikannya? Dapatkah kita sentiasa berfikir positif terhadapnya? dan sekiranya dugaan ini membawa perubahan yang besar dalam hidup kita, dapatkah kita menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut?
Setiap insan diciptakan berbeza..sudah tentu penerimaan atau pandangan seseorang dengan seseorang yang lain tidak sama. Ada yang bijak mengatasinya, ada pula yang tabah dan tenang menghadapinya...tetapi malang sekali bagi insan yang sukar menerimanya.
Sekiranya anda mempunyai kenalan yang sukar menghadapi dugaan dan menerima perubahan...bantulah mereka. Selain mengharapkan anda mendengar dan bantu mengatasi, mungkin juga mereka memerlukan kata-kata semangat untuk terus bertahan dengan dugaan yang dihadapi dan reda dengan keadaan yang semakin berubah...

"Tuhan, aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas, tetapi aku yakin ya Allah, ilmuMu Maha Luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung disebalik musibah ini...yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan"

Jika keadaan berubah...dan keadaan semestinya akan berubah...dan anda rasa anda menjadi mangsa keadaan itu.....

"Kata ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya peminjam. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah-Pemilik segalanya."

"Melalui kejadian-kejadian tidak menyenangkan itulah yang akan mengajarmu tentang nilai sesuatu nikmat"

"Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan"

Jika anda membenci....

"Hidup terlalu singkat untuk membenci, memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri"

"Bila kita memaafkan barulah kita bebas daripada belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita bencikan itu. Selagi belum memafkan, selagi itulah apa yang kita benci itu melekat pada diri kita"

Kembalilah kepadaNya....

"Sesungguhnya masalah yang kita hadapi kini sebenarnya adalah satu 'cubitan' kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan"

"Barang siapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"

Jika benar anda yang bersalah dan menjadi puncanya...

"Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan tersebut ialah mereka yang sentiasa bertaubat"

"Pandanglah sesuatu daripada kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula"

Berdoalah kawan....

"Orang yang sentiasa berdoa akan yakin dengan tindakannya"

"Doa memberikan kekuatan pada yang lemah, membuat yang tak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

Do not give up...

"Janganlah sampai berputus asa, tetapi kalau anda sampai berputus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan berputus asa"

"Jika suatu saat fikiranmu diselaputi kekalutan atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga dan hartamu meningalkanmu, maka jangan sesekali berasa putus asa kerana boleh jadi Allah telah mempersiapkan disebalik itu kebaikan yang banyak bagimu"

"Cukuplah Allah menjadi Pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung (Ali Imran: 173). Sungguh keyakinan seperti inilah yang boleh memadamkan kobaran api ketika kebakaran, menyelamatkan orang yang hampir tenggelam dean menunjukkan jalan kepada orang yang sesat"



"Berkurang resah di hati mengenang teman yang mula mengerti...terlepas kusut dimemori, melihat teman yang bangkit yakinkan diri...mengukir senyum di bibir meniti, menoleh teman yang setia di sisi."

Friday, February 5, 2010

SMILE




SENYUMLAH PADA DUNIA WALAUPUN DILANDA KEDUKAAN, KERANA SENYUM ADALAH SEDEKAH DAN PENGUBAT KERESAHAN
~zira zyra,27/01/2010~


rintihan hatiku di senja hari

senja begini....hatiku terasa sayu & sedih...knape tibe2 rase mcm ni ye?aku rase kekosongan, isilah kekosongan ini....

Sahabat baikku, kiah...tak lama lg dia nak fly, maka tinggallah aku di sini..mampukah aku untuk terus berada di sini tanpa kiah di sisi?bagaimana akan ku lalui hari2 yg akan datang?dan kiah....macam mn dia nak menjalani hidupnya tanpa aku, mampukah dia melalui hari2 tanpa aku yg setia menemani?saat dia memerlukan aku,aku semestinya tidak mampu untuk ke sana...dan saat aku memerlukannya?
kadang2 kite bukan sahaja memerlukan kata2 penguat semangat, tetapi kehadiran insan di sisi yg dapat memberikan kekuatan & semangat...

"Ya Allah, tabahkan hati kami untuk melalui perpisahan ini, kuatkanlah semangat diri kami untuk melalui hari2 yg akan datang. Ya Allah, kekalkan lah persahabatan yg telah terbina di antara kami dan ikhlaskanlah kami dalam perhubungan ini"~LINKIA~

DI MANA KITA

DI MANA KITA?

Di depan,

Ada lambaian masa hadapan,

Membuka ruang menempati kegemilangan,

Melaut kesenangan menanti kejayaan.

Bercurah nikmat tiada tertampan.

Di belakang,

Mereka mengasak dengan sokongan,

Bercampur baur semangat dan dorongan,

Bergolok gadai segala simpanan,

Menadah tangan memanjatkan keberkatan.

Di sisi,

Berteman insan rakan seperjuangan,

Bertambah ilmu juga buah fikiran,

Membuang hasad mengabdikan pengorbanan,

Menguntai ikatan memuliakan pertalian

Di bawah,

Tanah merdeka bumi keamanan,

Menapak melangkah mengerling hala tujuan,

Bangkit dan sujud mendekati Ar-Rahman,

Merendah diri mencari keinsafan.

Di atas,

Diri mendongak mengukir senyuman,

Menghela redha berhias kemenangan,

Melipat ganda dapatan juga keuntungan,

Mencipta sejarah beralaskan pengalaman.

Di tengah,

Terus berputar menghitung bebanan,

Meneliti pecahan mengimpikan keadilan,

Menepis dugaan bergurukan keimanan,

Berpasakkan pegangan meneruskan sebuah perjalanan.

Nukilanku,

Nor Siti Rokiah Abdul Razak,

19 November 2009

9.15AM- 10.20AM