Sunday, November 7, 2010

Lapangkanlah Hatiku

Ya Allah Lapangkan Dadaku, Ringankan Bahuku, Rajinkanlah Aku…
Author: azah
18 May

Dikhabarkan oleh Nur Saadah Fathil FTMK UPSI dari Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 14-16 Mei 2010.

Terdapat teknik berdoa untuk Surah Ash-Syarh (94):1-4 yang diberikan oleh ustaz untuk kemaslahatan dunia dan akhirat seperti berikut:

Ayat 1: Setelah membaca ayat 1 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala melapangkan dada dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke dada

Ayat 2: Setelah membaca ayat 2 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala meringankan beban dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke dua-dua bahu

Ayat 3: Setelah membaca ayat 3 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala memberikan kerajian untuk bangun/bergerak/berjalan untuk berusaha dan menjauhkan segala sifat malas dalam kehidupan dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke seluruh pinggang

Ayat 4: Setelah membaca ayat 4 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala melembutkan hati sesiapa yang melihat wajah kita dan sentiasa disukai oleh sesiapa sahaja yang ditemui dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke seluruh muka
Setrusnya baca ayat 5-8 seperti biasa

Ash-Syarh
[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

No comments:

Post a Comment