Saturday, June 13, 2015

Otsukaresama desu

Otw balik dr shopping kat Sanjo Kawaramachi, pak cik guard said 'otsukaresama desu'....terima kasih pakcik. Cam tau2 je aku sgt keletihan shopping raya. 
Inilah aku...akan shopping utk raya before ramadhan bermula. Bukan excited nak raya, tapi nak fokus bulan ramadhan nnti utk beribadat. InsyaAllah...pasang niat awal2. 

Monday, January 19, 2015

Kansai airport...bermulanya kembali kehidupan di Jepun

Alhamdulillah...aku selamat kembali ke bumi Jepun ni. Ingat kan tahun ini x balik ke Malaysia. Tapi, oleh sebab father in law pulang ke rahmatullah, aku balik sebagai tanda hormat kepada keluarga suami. Aku selalu ingtkan diri, once berkahwin dgn suami, keluarga suami adalah keluarga aku jugak.

Kansai airport ni berada di atas sebuah pulau...x sure nama pulau ni ape. Dalam Osaka prefecture. Airport ni sgt selesa, and yg paling best...prayer room dia sgt selesa and ade restoren halal jugak kat sini,sgt muslim friendly. 
Perjalanan aku menuju ke kyoto station. Ada dua option, boleh naik Haruka Train or naik Airport Limousin Bas. Oleh sbb aku sedikit kedekut, so aku amik yg murah, 2550 yen, airport limousin bas. Nk amik bas ni senang jer, kuar je dr kastam checking, terus ke pintu luar and pegi ke platform bas no 8. Sebelum tu beli tiket kat mesin berdekatan ngan platform 8. Amik masa lbh kurang 1 jam 15 min ke Kiehan Hotel, Kyoto, then menapak sikit ke Kyoto Eki (station). 

Link Kansai Internation airport
http://www.kansaiairport.or.jp/en/index.asp

Jadual bas 
http://www.okkbus.co.jp/en/timetable/kix/t_kyt.html

Tuesday, March 4, 2014

Nikmat Cinta

Segala puji hanya bagi Allah, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Engkaulah yang memberi segala nikmat yang aku kecapi, syukur Alhamdulillah.

Ya Allah, engkau mengetahui perasaan cinta dan sayangku pada bakal suamiku, Zubir Sayuti. Walaupun seringkali aku melafazkan rasa cinta ini padanya, namun perasaan cintaku lebih dari apa yang aku lafazkan.

"Wahai Allah Yang Maha Menyayangi (Al-waduud), jangan Engkau biarkan perasaan cintaku padanya mengatasi perasaan cintaku kepadaMu dan nabiMu, jangan engkau biarkan kenikmatan cinta ini, mengatasi nikmatnya beribadat kepadaMu."

"Ya Allah, Engkau lindungilah dia, kasihaninya Ya Allah, murahkanlah rezekinya, jadikan dia orang yang beriman, berbakti kepada ibu bapanya, berjasa kepada ummah, mudahkanlah perjalanan hidupnya, berikanlah dia kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat."


Friday, February 21, 2014

Hidup ini...

Hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita,tetapi sejauh mana kepuasan rohani yg dapat kita rasakan...
Tuhan, jagakan lah..tiada keraguan padaMu dalam mengatur kisah hidup yg terbaik buat si hamba.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
(Sumber Aku Islam)

Kalo ikut kalender gregory,hari ini adalah birthday saya yg ke 29 tahun. 
Thanks to Kiah, yg sudi mengutuskan hadiah yg penuh makna buat diri ini yg kejauhan.



Wednesday, February 19, 2014

Surah al kautsar & mari memasak


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Mengasihi, Maha Menyayangi

Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak.

Maka laksanakanlah salat karena Tuhanmu dan berkurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).

Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.


Alhamdulillah,pgi ini masih dikurniakan oksigen utk terus bernafas...sebelum kuar rumah pgi tdi sempat pulak dgr ceramah ustaz amin. Beliau bg petua, kalo memasak, sambil2 tu bacalah surah al kautsar. Surah ni memberi nikmat yg banyak.

Lately ni saya mmg rajin mencuba resepi sendiri, praktis masak utk menambat hati suami nnti😃

Grilled Soba & Mix Vegie

Mee goreng hailam 
Sea food carbonara
*jika ade yg nk resepi silalah pm di fb : Lina Durani

Sunday, February 16, 2014

Yuki (snow)

Yuki in Shiga. Yuki kali ni lebih tebal dari tahun2 sebelum ni...dengar cite kat Tokyo pun tebal,salji yg tebal dlm tempoh 45 tahun ni. Menurut fakta,dunia kini semakin sejuk,paksi bumi pun telah berganjak dr paksi yg betul...ada andaian yg menyatakan Malaysia pun nanti akan dilitupi salji,menjadi kutub utara..wallahualam. 
Tapi yg pasti hari kiamat itu pasti...
"Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang,tak ada keraguaan padanya;dan bahawasanya Allah membangkitkan semua di dalam kubur" Al-hajj ayat 7.

Kite semua akan dihisab dgn amalan2 yg telah kite lakukan. Semoga kite sama2 menjadikan dunia ini tempat utk kite mencari 'bekalan' di akhirat nnti,utk kehidupan yg kekal abadi di sana.

Saturday, January 4, 2014

Dinner at Lounge


Harini kak faeizah & saya plan utk having a dinner together with the international student here. We invited Ho & Diem from Vietnam, Maryam from Canada, Naomi from Kenya. Menunya....nasik ayam kak faeizah, pengat pisang n cokodok lina.

They really enjoy this treat. We put the cokodok pisang & the pengat pisang together with the main dishes. Ho thought the cokodok pisang is eaten with the rice....selamat kiteorg nampak, dia dah siap letak dalam nasik, guna chopstick nak makan dgn nasik...huhu.

Maryam...the banana lover...makan cokodok pisang cicah dgn pengat pisang....ape2 je lah, asal enjoyyyy!

Permohonan Nikah

Sekadar ingin berkongsi pengalaman prosedur permohonan nikah. Dalam kes saya, bakal pengantin lelaki daftar di KL (walaupun asal Perak, boleh daftar di KL sebab dah bermastautin di KL) dan saya daftar di Perak (lebih mudah, sbb nak nikah di Perak).

Bakal Pengantin Lelaki:

1. Mula2 bakal pengantin lelaki perlu dapatkan borang permohonan nikah bagi wilayah persekutuan KL bersama dengan borang HIV test. 
2. Then, pergi ke klinik kesihatan yang disyorkan oleh Jabatan Agama Islam utk buat HIV test. Tapi make sure call dulu klinik tersebut. Kadang2, test hanya dijalankan pada hari tertentu sahaja atau kit mungkin habis, then perlu tunggu beberapa hari atau mungkin ramai calon yg nk buat HIV test.
Zubir (tunang saya) cakap kat KL just amik darah kat hujung jari jer utk buat HIV test. So kepada yg takut tu...tak perlu risau sangat. Result dapat on the same day.
3. Bakal pengantin lelaki perlu dapatkan surat pengesahan bujang daripada majikan. Make sure surat tu ade letter head company n t.tgn boss.
4. Setelah isi borang permohonan nikah lelaki, dapat result HIV test, surat pengesahan bujang, sijil kursus kahwin, salinan IC-bawa kesemua ni jumpa jurunikah di masjid berdekatan rumah. Dapatkan pengesahan & cop beliau.
5. Then, beri semua dokumen ni kepada bakal pengantin perempuan.

Simple je kan urusan pengantin lelaki ni? borang pun tak begitu detail mcm pengantin perempuan.

Ok, side bakal pengantin perempuan pulak, dalam kes saya kat Kuala Kangsar, Perak.

1. Dapatkan borang kat pejabat agama negeri, bayar RM 1...hihi. Borang tak boleh dapat online.
2. Then dalam set borang2 tu ade sehelai borang HIV test.So, pergi ke klinik kesihatan utk buat HIV test. Tapi, saya tak pasti lah ni prosedur standard atau tak, kat klinik kat Perak ni, amik darah banyak gak, ade lah dekat 8ml. sama gak, result dapat on the same day. Saje tanya kat lab technologist kat situ, kenapa amik darah banyak, dia cakap, diaorg akan buat Full Blood Count sekali.
3. Lepas dah dapat result, dah isi borang permohonan nikah (perlu detail maklumat wali, maklumat saksi tak perlu isi), sertakan sijil kursus kahwin (salinan n original), salinan IC pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali-semua nak dua salinan, surat pengesahan bujang dari majikan...bawa kesemua ini ke naik kadi di kawasan anda.
Tak tahu siapa naib kadi kawasan??? x perlu risau, nanti pejabat agama akan bagi senarai nama naib kadi, beserta alamat n nombor talipon...call dulu before datang.
4. Naib kadi/juru nikah akan sahkan semua dokumen dan bagi sedikit penerangan. Bayaran RM120 perlu disedikan oleh pengantin lelaki, waktu hari nikah nanti, dua orang saksi akan dilantik oleh beliau nanti. 
5. Kemudian, semua dokumen ini perlu diserahkan kepada pejabat agama, tempat amik borang tadi. Bayar RM5.

Then, menghitung hari.....cepatlah masa berlalu, tak sabar nak balik Malaysia.
Owh ye, permohonan nikah ni valid dalam tempoh 3 bulan sahaja tau. So, in my case, mohon 31 Dec 2013, tarikh nikah 21 March 2014...masih selamat. 



Monday, November 11, 2013

Cinta Itu Indah

Cinta itu indah, jika kena pada tempatnya...


“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”

(Hadis riwayat At-Tarmizi)

 Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”



Saturday, November 9, 2013

Shiga University of Medical Science, Japan.

Now I am a research student at SUMS, under Molecular Neuroscience of Research Centre (MNRC).
Al kisah mcm mana boleh dapat opportunity utk further study bermula dengan Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, UKMKL.  My name was suggested by them, to do a collaborative study with SUMS, with a Monbusho scholarship. Alhamdulillah, everything goes smoothly, walaupun ade lah beberapa masalah, semua berjaya di atasi.

Registration dah start 1st October haritu, but i have to keep travelling for this 3 months due to several reasons. Sekarang, nak study coz 3 dec nanti ade exam yg melayakkan utk title PhD student. Please pray for me...Thanks!

Below is several infos about MNRC, SUMS.

Terletak di Otsu, Shiga, Japan. Kalau naik flight (ade ke yg naik kereta atau kapal laut???) turun di Osaka, Kansai Airport. Then ambil Limousin Bus to Kyoto Station, then naik Biwako Line (local train) to Seta, then naik bas ke SUMS. Tapi kalo 1st time datang dgn tujuan pengajian di sini, jgn risau, pihak Uni akan hantar org utk ambil di airport. Kebanyakkan pelajar medical di sini, campus pun bersebelahan dengan hospital. Suasana tak seperti kebanyakkan university, kat sini hanya ade course medic, nursing, research centres...so, tak meriah mcm universiti lain yg ada banyak  program pengajian. International students ditempatkan di International House, macam studio house, mmg selesa. kebajikan international student di jaga, sebab ade student division yg akan uruskan anything pasal kite di sana. Untuk maklumat lanjut, boleh taip Shiga University Of Medical Science di google anda...

SUMS in autumn <3

Muncul semula

Dah bertahun meninggalkan blogspot ni...in planning to make new blog sebab dah lupa password. but after a few times, i keep trying to remember the password...at last it's correct!

Sekarang dah berumur 28 tahun, next year, February will be 29 sudah...huhu. Masih single...tapi sudah berpunya. Siapa jejaka bertuah tu? jeng, jeng, jeng....will tell u later.

Last update dulu, bekerja di Pusat Darah Negara and now still working there. Then rezeki dari Allah Yang Maha Berkuasa, alhamdulillah, akan continue study di Shiga University of Medical Science, Japan. I will tell u later, how my life was be a few years ago.





Saturday, October 1, 2011

Four leave clover



"four leaf clover, hard to find and lucky to have"

dedicated to my best friend forever

Dandelion



Close your eyes and think very hard about your wish and where you need these little seeds to carry that wish to. Don't tell anyone what you are wishing for, but if you're wishing for something just for you, slip a little wish in for someone else too, to help send your wish on its way.

I wish i could pick the dandelion tree....and my wish come true a day after my best friend leave me...so that, i blew it away wishing i could be there with my best friend.

Blowing a dandelion may not very popular among Malaysians. My colleagues are strange to see me picking dandelion. My dandelions were growing in front of my office, this is the first time i knew it, on 8 Sept. 2011.

My best friend said, dandelions in Lancaster are bigger than what i saw in Malaysia, i think maybe because of the 4 seasons climate.I wish i could be there to blow the dandelions and make thousands of wishes.

Monday, September 12, 2011

PRICE tag....


Seems like everybody's got a price
I wonder how they sleep at night
When the sale comes first and the truth comes second
Just stop for a minute and smile

Why is everybody so serious?
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes and your heels so high
That you can't even have a good time

Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that? Yeah
We'll pay them with love tonight

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

We need to take it back in time
When music made us all unite
And it wasn't low blows and video hoes
Am I the only one gettin' tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feelin' alright

Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that? Yeah
We'll pay them with love tonight

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

Yeah, yeah, well, keep the price tag and take the cash back
Just give me six strings and a half stack
And you can keep the cars, leave me the garage
And all I, yes, all I need are keys and guitars

And guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
Yes, we leaving across these undefeatable odds
It's like this man, you can't put a price on life
We do this for the love, so we fight and sacrifice every night

So we ain't gon' stumble and fall, never
Waiting to see, a sign of defeat, uh uh
So we gon' keep everyone moving their feet
So bring back the beat and then everybody sing, it's not about

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance
Forget about the price tag

Ain't about the cha-ching, cha-ching
Ain't about the ba-bling, ba-bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag

Yeah, yeah
Oh, forget about the price tag

~i'm saving for the UK...i will be there~

Sunday, September 11, 2011

HARGA DIRIKU



i enjoyed listening to this song in my friend's car,...but now, she is not in Malaysia....miss her kancil merah...

di dirimu aku menemukan
yang mencintaiku, yang menyayangiku
di dirimu aku ketakutan
kau biarkanku, kau tinggalkanku

bila kamu tak lagi denganku
ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
bila memang kau pergi dariku
ku tak ada lagi di dunia ini

mengertikah kau siang malamku
kau tangis tawaku, kau semua hidupku
pandang aku, pandanglah hatiku
aku tak mampu melangkah tanpamu

bila kamu tak lagi denganku
ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
bila memang kau pergi dariku
ku tak ada lagi di dunia ini

bukan ku tak punya harga diri
tapi dirimu begitu berarti
kaulah nafasku, engkau harga diriku
mengerti aku

bila kamu tak lagi denganku
ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
bila memang kau pergi dariku
ku tak ada lagi di dunia ini

di dirimu aku menemukan

Tuesday, July 19, 2011

1st anniversary


Alhamdulillah...1 year already. i reported my duty on 1st July last year.....lots of things i have learned, but they are not enough.....still need to learn more,day by day....

5 July 2011,
After 4 days on leave (Friday - Monday), i came back to work. I felt very enthusiastic, hoping that i could give more from what i have given to my work, Insyaallah.

One of my staff (my favorite staff)came to me when i was enjoying my morning & reciting my prayer for today...actually i don't like to use the words staff, coz i am NOT ready to be a boss.
she was complaining about her colleague, the most senior one. She was not satisfied with her and our HOD...i was unhappy too dear...but what else could i do. the power is not in my hand. If HOD say so...just follow & please think positive dear.
I took it calmly, listen to her, just tell me what u want to....may your burden flew away. If i could say....i would like to say that i love u as my sister....hope u knew it without i mentioning it.

Sunday, July 17, 2011

MATAHARI YANG CANTIK



Tepat jam 6.00 am, alarm berbunyi....ku tekan snooze...berbunyi lagi, ku tekan snooze lagi....
memikirkan kerja and baju masih tidak iron, aku melangkan malas ke almari mencari tudung dan baju cotton pemberian sahabat yang tidak perlu ku iron...saat2 malas macam ni baju yg tak perlu iron sangat membantu.

Selesai mandi n sarapan wajib, air kopi dan biskut wheat meal jacobs, aku dan sahabat meluru keluar..kebetulan pagi ni minyak kereta tak diisi lagi...
Menaiki susur atas ke jalan Tun Razak, cahaya matahari memancar...namun tidak sekali pun menyakiti mata..tak seperti selalu yang mengganggu pandangan hadapan....hatiku mengucapkan kata2 yang hanya aku sendiri mendengarnya;

"Cantik matahari hari ini..."yang lantas mengingati aku yang tidak bersyukur dengan kehidupan hari ini..."aku masih dikurniakan kehidupan pagi tadi, sedangkan mungkin ada insan yang terus melelapkan mata meninggalkan insan-insan yang tersayang...aku boleh bercakap, melihat, mendengar, bergerak...tapi mungkin ada insan yang diserang strok malam tadi. Aku punyai kerjaya, sedangkan ada insan yang masih mencari kerja. aku masih punyai ibu bapa, namun di sana ada insan yang yatim piatu atau baru mendapat berita kematian pagi tadi... aku punyai sahabat di sisi yang bila mana berada dengannya, itulah aku sebenar....syukur ya Allah"

"tengok, cantik matahari pagi ni"kata2 sahabat.....memecah kesunyian suasana zahir.

11 July 2011, 8.00 am.

Monday, June 20, 2011

EMoTiOn




“The emotions aren't always immediately subject to reason, but they are always immediately subject to action”

“The degree of one's emotions varies inversely with one's knowledge of the facts.”

“There can be no knowledge without emotion. We may be aware of a truth, yet until we have felt its force, it is not ours. To the cognition of the brain must be added the experience of the soul.”

“Your intellect may be confused, but your emotions will never lie to you.”

“The sign of an intelligent people is their ability to control their emotions by the application of reason”

“Just as your car runs more smoothly and requires less energy to go faster and farther when the wheels are in perfect alignment, you perform better when your thoughts, feelings, emotions, goals, and values are in balance.”

Sunday, November 7, 2010

INi buKaN LaGu KecEwA

dah lama tak dengar lagu ni...lagu ni dinyanyikan oleh bekas pengacara muzik2 dulu...like it!

Penyanyi: Anne Hamid
Tajuk Lirik Lagu: Zapin Berkasih


Seri mahligai puncaknya menjulang tinggi
Tempat puteri bermandi cahaya bulan
Pada siapa hendak ku menumpang kasih
Menanti saat ditentukan Tuhan

Sapu tangan jatuh di tengah sawah
Terbang bersama angin yang berlalu
Luka di tangan berdarah nampak berdarah
Luka di hati tak siapa yang tahu
Merana sendiri

Nyiur gading baru hendak berbuah
Pokok senduduk tak berbunga lagi
Sudah kau dapat gading bertuah
Tentulah tanduk tak berguna lagi

Biar luluh tulang ku bercerai
Bara selautan pun sanggup kurenangi
Cintamu bagai si embun pagi
Datang sang mentari hilang tak berganti

Ini bukan lagu kecewa
Hanya pujuk hati luka
Bukan niat mengubat jiwa
Melayan hati yang lara

Ini bukan lagu kecewa
Hanya melayan asmara
Bukan niat mengubat jiwa
Melayan hati yang lara

Lapangkanlah Hatiku

Ya Allah Lapangkan Dadaku, Ringankan Bahuku, Rajinkanlah Aku…
Author: azah
18 May

Dikhabarkan oleh Nur Saadah Fathil FTMK UPSI dari Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 14-16 Mei 2010.

Terdapat teknik berdoa untuk Surah Ash-Syarh (94):1-4 yang diberikan oleh ustaz untuk kemaslahatan dunia dan akhirat seperti berikut:

Ayat 1: Setelah membaca ayat 1 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala melapangkan dada dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke dada

Ayat 2: Setelah membaca ayat 2 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala meringankan beban dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke dua-dua bahu

Ayat 3: Setelah membaca ayat 3 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala memberikan kerajian untuk bangun/bergerak/berjalan untuk berusaha dan menjauhkan segala sifat malas dalam kehidupan dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke seluruh pinggang

Ayat 4: Setelah membaca ayat 4 berdoa di dalam hati semoga Allah Taala melembutkan hati sesiapa yang melihat wajah kita dan sentiasa disukai oleh sesiapa sahaja yang ditemui dan hembuskan pada ke dua tangan yang berdoa dan sapukan ke seluruh muka
Setrusnya baca ayat 5-8 seperti biasa

Ash-Syarh
[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).