Wednesday, January 20, 2010

Syukur alhamdullillah…aku masih punyai ibu dan ayah?
“Bagaimanakah perasaan hidup tanpa ibu?” Aku bertanyakan soalan ini kepada sahabat baik ku yang telah 5 tahun kehilangan ibunya, dijemput Illahi lantaran kanser serviks yang terlalu lambat dikesan..dia menjawab dengan tenang walaupun jawapannya tidak menjawab persoalanku..”Saya hanya mengingati ibu dalam doa selepas setiap kali solat..”
Aku berfikir sejenak…syukur,manusia dikurniakan satu sifat lupa..boleh melupakan perkara-perkara sedih dalam hidup. Jika manusia tiada sifat lupa, perkara sedih yang berlaku bertahun-tahun dahulu akan masih diingati dan ditangisi setiap hari..

Ayah dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permualaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Illahi
Ayah dan ibulah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat
(Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad)


Ciri-ciri Si Tanggang Moden
(dipetik dari Majalah Milenia Muslim (penulis Faizal Riduan),Januari 2010)
1.Enggan menjaga ibu bapa yang memiliki masalah fizikal dan mental
2.Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa
3.Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tanggung jawab yang ramai
4.Mengambil barang kemas, wang dan harta benda ibu bapa
5.Memaksa ibu bapa menukarkan nama harta kepada namanya
6.Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka
7.Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan senjata, memukul dan membunuh
8.Menyuruh ibu bapa menjaga anak-anak meskipun mampu menghantar mereka ke pusat jagaan kanak-kanak.
9.Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada ibu bapa
10.Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka
11.Tidak menjunguk ibu bapa jauh sekali menalipon bertanya khabar
12.Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua
13.Tidak mengaku ada ibu bapa
14.Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa

Seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Sejak kecil kita ditatang bagai minyak yang penuh. Adakah kita mampu manatang mereka tatkala mereka minginjak usia tua?