Tuesday, March 16, 2010

Air Laut vs. Air Tawar


Mr. Jacques Yves Costeau merupakan seorang Oceanografi (ahli lautan) dan ahli selam terkemuka Perancis. Beliau telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia, malah turut menghasilkan filem dokumentari tentang keindahan di dasar laut untuk tontonan jutaan manuis di seluruh dunia.

Ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan tidak bercampur dengan air masin di sekelilingnya. Fnomena ini seolah-olah ada dinding yang membatasi kedua-duanya. Keganjilan ini memberikan kekaguman yang tinggi kepada beliau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah lautan berkenaan.

Suatu hari beliau bertemu dengan seorang professor muslim lantas menceritakan fenomena ganjil itu. Professor teringat kepada satu ayat al-Quran tentang penemuan dengan dua lautan dalam surah ar-Rahman ayat 19-20 yang bermaksud “dibiarkan-Nya mengalir dua lautan, lalu kedua-duanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui.”

Professor tersebut menjelaskan bahawa fenomena tersebut telah pun dijelaskan dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segardan yang lain masin lagi pahit; dan dijadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi” (al-Furqan; 53).

Mr. Jacques Yves Costeau terpesona mendengar ayat al-Quran tersebut melebihi kekagumannya melihat keajaiban permandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Beliau berpendapat bahawa mustahil al-Quran disusun oleh Nabi Muhammad, di abad ke-7 iaitu di suatu zaman di mana belum ada peralatan selamyang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar satu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abd ke-20. Mr. Jacques Yves Costeau pun berkata bahawa al-Quran memang benar-benar kitab suciyang berisi firman Allah SWT, yang seluruh kandungannyamutlak belaka. Akhirnya beliau pun memeluk Islam, mendapat hidayah melalui fenomena lautan. Maha Benar Allah Yang Maha Agung.