Wednesday, March 10, 2010

Hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia


Isi buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah yang berwarna. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dihafal dengan mudah.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan idividu.

Jutaan terima kasih buat Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid serta sesiapa sahaja yang terlibat menghasilkan buku ini, INDAH NYA HIDUP BERSYARIAT, modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat..